Review by Sabby Prue

Tuesday 23 December 2014

Review by Blogger 'Jumie Samsudin' : BB Cream SQB



Hello and Assalamualaikum to all,

Hari ini I olls nak memperkenalkan satu produk kosmetik yang direka, dicipta dan diedarkan oleh anak Bumiputera, seorang blogger yang meleps juga iaitu Sepet a.k.a Zuhana.

Thank you kepada beliau and team kerana sudi memperkenalkan produk ini kepada I olls. Bukan sebab I olls dapat PERCUMA and I olls feeling nak buat review ini, I olls buat review ni sebab I olls sendiri amat suka dengan produk ni and I olls sangat-sangat suka nak share dengan orang ramai.
Kalau ampa nak tau, I olls memang dapat banyak produk untuk di-review, tapi I olls bagitau dah siap-siap kepada pengsponsor barang, I olls akan bagi review seikhlasnya.



BB Cream by Seqy Beauty

Ampa semua mesti tau apa benda BB Cream kan? Dulu I olls memang suka pakai BB Cream, dulu-dulu aku promote kat dalam blog aku Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +), pastu memang berlambak orang duk tanya pasai produk tu kat aku. Mesti ramai orang suka nak pi beli jugak kan? Tapi lepas tu, aku rasakan Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +) makin lama makin tak best. So aku stop pakai BB Cream and aku cuba beberapa jenis BB Cream lain seperti yang dipromote oleh kawan-kawan tapi takdak pun yang berkenan di hati. Tapi nenjia, bila dapat this produk I olls falls in love!

Ini gambar i olls masa first time pakai BB Cream by Seqy Beauty. Gambar amik gambar handphone I olls Lenovo S860. NO EDITING. Natural light. Meletops kan?


Why I Olls Suka BB Cream by Seqy Beauty?

(ini bukan copy paste, mak tulis sendiri berdasarkan pengalaman)



Ampa tengok sendiri perbezaan I olls pakai. Yes, warna ini nampak sedikit kelabu sebab muka I olls yang colour tanned. Tapi lama-lama dia akan blend in and cantek. And lepas pakai full make up, warna BB Cream ini akan nampak cantek lagi. Tak sabak nak pakai BB Cream by Seqy Beauty yang lebih sesuai untuk warna kulit tanned macam I olls.


Senang nak pakai!

Untuk orang yang always busy and mengejar masa, BB Cream by Seqy Beauty adalah jawapannya. Selepas basuh muka, pakai toner and bubuh ubat jerawat sikit. I olls teruih sapu BB Cream by Seqy Beauty kat muka. Pastu make up macam biasa. And of course, lepas make up muka I olls terus berubah jadi Selena Gomez gitu. Produk meletops ini bertindak sebagai pelindung (sebab ada SPF), melembab (takpakai pakai moisturiser) and bedak asas (because of the colour yang ada dalam produk ni).

Ringan, nipis and NOT CAKEY

Tak payah pakai banyak-banyak. Semprot sekali ja kat tangan, and that is the only ammount that u need to cover your whole face. Sapukan BB Cream by Seqy Beauty

Ke seluruh wajah dengan menggunakan jari. Pastu picit lagi satu, untuk bubuh kat tengkuk. Kalau pakai tudung pun, bubuh ja kat tengkok, sebab i believe BB Cream by Seqy Beauty merawat wajah and ia merawat dan melindungi semua bahagian kulit yang menggunakan produk ni. So ampa nanti kalau bukak tudung depan suami, takdak la nampak ketara, muka putih lehaq hitam.

And ampa akan rasa sangat best sebab produk ini cover cela-cela di wajah (dark spots, warna tak sama, merah2 akibat jerawat, parut) and at same time ampa rasa sangat ringan tak macam effect pakai bedak.

Ini pun gambar I olls amik pagi-pagi buta masa duk bersiap kat bilik. Lepas dah make up semua. No editing pada gambar ya. I olls just crop sahaja.



Melindungi dengan SPF 30

Sebagai wanita outdoor macam I olls, I olls sangat suka sebab BB Cream by Seqy Beauty mempunyai pelindungai UV SPF 30. Pelindungai UV ke wajah bukan sahaja bagus untuk halang kita jadi lebih tanned, malah pelindungan SPF ini dari kesan UV juga boleh menghalang kepada effek lain seperti jeragat dan juga penuaan. Yes, ampa tak tau ka? Lagi banyak UV light kita kena, kulit lagi cepat tua.

Tidak Berminyak

Kulit I olls adalah berminyak. And yes, I olls pakai ni tapi muka I olls tak berminyak. Cuma there was one time, masa experimentasi, before apply BB Cream by Seqy Beauty I olls pi pakai sejenis pelembab, nenjia lepas tu jadi berminyak. So lepaih tu tak pakai dah apa-apa before pakai BB Cream by Seqy Beauty.

Natural oil pada wajah adalah bagus untuk melembabkan wajah and muka kita tak kering. Kulit wajah yang terlalu kering nanti cepat dapat rinkles. I olls suka BB Cream by Seqy Beauty sebab ia masih mengekalkan kelembapan kulit wajah sambil mengawal minyak.

Colour Blend In
I olls mempunyai warna kulit wanita Africa + Latin, so its not easy to find bedak asas yang sesuai dengan keunikan warna kulit I olls. So, masa Ms. Syeka bok mai BB Cream by Seqy Beauty kat I olls, the first thing I olls tanya adalah “Warna dia macam mana?”

Syeka kata, depa ada dua colour buat masa ni, nombor 1 is for cerah, and 2 is more natural. So depa bagi yang natural untuk I olls. After aplikasi, alhamdulillah, kulit I olls memang mula-mula nampak macam putih sikit, tapi lama-lama, dia macam makin cantek and blend with my natural skin colour. I olls suka.

BB Cream by Seqy Beauty dalam proses nak buat colour yang sesuai untuk wanita berkulit tanned. CAYALAH!! Cepat-cepat i mau.

Specially Designed by Seqy Beauty

Produk ni bukan dibuat di Korea / China / Bangkok pastu buat packaging lain ja. Produk ni memang di-design khas oleh Ms. Sepeti a.k.a Zuhana because beliau sendiri seorang pencinta kecantikan dan beliau sendiri seorang ahli farmasi. So dia tau la apa yang baguih and apa yang tak baguih. Produk ini insya Allah halal. Tapi yang penting, produk ini adalah buatan MALAYSIA.

Beg make up I olls memang kecik. Tapi botol BB Cream by Seqy Beauty boleh masuk dengan mejiknya.



Botol Praktikal dan Cantek

Sangat impressed dengan rekaan botol yang minimalist. Kuruih and panjang macam tubuh badan I olls. So senang nak selit kat mana-mana :)

Merawat kulit

Kulit I olls adalah sangat sensitip. Tak boleh pakai apa benda semarang. Orang tua-tua kata, kulit orang kaya. Gicu. Lepas pakai produk ni for almost 2 weeks already, I olls rasa sangat puas hati and boleh nampak perbezaan pada permukaan kulit I olls. Bukanlah nak kata lepas pakai produk ni kulit aku terus lembut lincin macam kulit teloq, tapi bila aku pakai ni, memang dah takdak masalah, takdak bintik-bintik, takdak jerewat over-over...so baguih la kan! Sapa yang kulit sensitip macam saya haruslah cuba.


Fungsi dan Kelebihan BB Cream


  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Menutupi cela di muka.
  • Sebagai bedak asas.
  • Lebih ringan dari foundation.
  • Sebagai essential cream, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit.
  • Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30)
  • Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya.
  • Wajah tidak berminyak sepanjang hari.
  • Berfungsi melawan sinar violet dan pencemaran udara sehingga endikan kulit sihat.
  • Melambatkan penuaan.
  • Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia.

Bahan-bahan dalam BB Cream by Seqy Beauty

Aqua Cream
Beeswax
Cetyl Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Cyclopentasiloxane
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol

Cepat-cepat dapatkan BB Cream by Seqy Beauty dengan segera.

Hubungi pengedar yang sah,

Ms. Atikah Syeka Rohaini (Permatang Pauh)
di talian 013-435 1899.

Sila layari laman web Seqy Beauty untuk semak senarai PENGEDAR SAH dari seluruh Malaysia.

Gambar i olls bersama Ms. Atikah Syeka Rohaini ketika pertemuan nak pass barang. Memang lepas ni kena selalu jumpa la, I olls memang akan beli produk ni selalu.

Harga :

RM55 (Semenanjung Malaysia)
RM60 (Sabah/Sarawak)


Follow :



Untuk maklumat lanjut sila layari

Monday 15 December 2014

Cleanser By Seqy Beauty

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

SQB sekali lagi mengeluarkan produk terbaru iaitu 'Cleanser by SeQy Beauty'. Setelah kami edarkan sample Cleanser SQB sebulan yang lalu, ramai pengguna yang berpuas hati dan memberi feedback positif.

Cleanser SQB berfungsi membersih dan membuang segala sisa kotoran sekaligus memberikan kesegaran di wajah. Cleanser SQB mengandungi VITAMIN E, VITAMIN C, dan pelbagai jenis ekstrak tumbuhan bagi tujuan pemutihan (menggunakan sumber alam semula jadi). Cleanser SQB juga kaya dengan buih apabila dibilas bersama air. Buih yang banyak membantu anda membersihkan wajah dengan mudah dan sempurna.

 

Anda perlu memilih Cleanser SQB kerana ianya berfungi :

1. Sebagai pelembap wajah (Vitamin E) 
2. Membaik pulih sel kulit (Vitamin C)
3. Membuang kotoran padan wajah
4. ANTI-OXIDANT
5. Mencerahkan kulit (sumber dari alam semulajad)
6. ANTI-AGING. Menegangkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan di wajah
7. Penyejukkan wajah (cooling agen, sumber dari cucumber)
8. Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
9. Mengurangkan masalah kulit berminyak (sumber lemon citrus)
10. Anti-microbial


Ingredients 
1. Aqua
2. Sodium Lauryl Ether Sulfate
3. Glycerine
4. Cocamidopropyl Betaine
5. Coconut Diethanolamide
6. Ascorbic Acid
7. Sodium Chloride
8. Arctostaphylos Uva-Ursi (Bearberry) Leaf Extract
9. Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract
10. Cucumis Sativa (Cucumber) Fruit Extract
11. Citrus Medica Limonum (Lemon) Extract
12. DMDM Hydantoin

Cara Penggunaan
Sapu bersih dengan menggosok lembut ke seluruh wajah menggunakan jari. Bilas dengan air untuk menanggalkan sisa kotoran. 

LULUS KKM
Not141102733K

100% Formulated for Beauty, Health and Care

Cleanser by Seqy Beauty
60ml
RM45 Sem/ RM50 Sabah Sarawak

Contact : Agen/Stokis (rujuk senarai agen)

Friday 12 December 2014

BB Cream SQB : Review by Yatt Hamzah

Siapa tak kenal artis popular a.k.a model Yatt Hamzah ni. Rasanya semua orang kenal kan. 



TQ Yatt Hamzah support produk BB Cream by Seqy Beauty. Jom follow Yatt Hamzah di ig beliau
 

BB Cream SQB kini di Pop Donna

Assalamualaikum semua. 

Berita baik untuk semua penggemar BB Cream SQB, BB Cream kami kini boleh di dapati di vendor Pop Donna cawangan Melaka dan Senawang.

Melaka
No 19-1, 1st Floor,
Jalan BBU 2, Taman Bukit Beruang Utama,
75450, Melaka
Landmark : MMU, Pizza Hut, Ayamas, Coolblast

Senawang (Negeri Sembilan)
No 36-1, Jalan Dataran Kemuning 2,
Dataran Kemuning, 
70450, Senawang, Negeri Sembilan.
Landmark : Grandstation, Klinik Kesihatan Senawang, Secret Recipe

Boleh walk-in dari jam 11 pagi sehingga 8.30 malam.
Setiap hari kecuali hari Isnin.

BB Cream di Pop Donna cawangan Senawang

BB Cream di Pop Donna cawangan Senawang
BB Cream di Pop Donna cawangan Senawang

Landmark Pop Donna cawangan Melaka

BB Cream SQB di Pop Donna cawangan Melaka

Untuk pembelian retail, sila refer agen2 sah kami.

Teruskan menyokong Seqy Beauty. Terima Kasih
=)

Tuesday 9 December 2014

Review by blogger 'viruspadu' : BB Cream SQB

Kenapa perlu pakai #camera360 kalau kita hanya perlukan #BBCreamSQB untuk kelihatan floles
Ewah
Ayat ko nak menang aje kan kak jeng kihkihkih.
Walaupun takla floles sangat. 
Tapi bagi la kakjeng fefeling ye uolssss.
Itu adalah contoh mekap kakjeng nowadaysssssssss
Mekap orang nak cepat siap.
Atau kata yang lebih tepat lagi malas kahkahkah
Pakai BB Cream Seqy Beauty je, pastu calit lipstik sikit.
Siapppp!!!!!
Isi kandungan beg mekap kakjeng :p
Bawak beria2, pakainya BBCreamSQB dengan lipstik je kehkehkeh.
Tapi kalau kakjeng rajin, eye shadow pun kita pakai tauuu.
Tapi biasanya malas lah :p
BB Cream ni comelnya bentuk dia.
Memang senang nak bawak jalan.
Dah sebulan saya pakai ‪#‎BBCreamSQB‬ .
Pandangan peribadi saya sebagai pengguna adalah selain saya takyah pakai bedak dah. Jerawat yang tiap2 kali muncul area dagu, bawah mulut atas mulut keliling mulut dah mula surut dan takde jerawat baru lagi dah. Kalau tak, baru surut bawah mulut muncul bawah dagu plak. Macam berganti2 plak jerawat ni. Pui. Maksud saya jerawat yang beso dan ada nanah kalau sekali picit boleh terpercik kat cermin tu eaaawwwwwwww.
Itu pengalaman saya sendiri
Ini saya nak share testimoni daripada pengguna #BBCreamSQB yang lain. Seronok tau baca feedback customer yang suke. KakJeng yang eksaited lebih :p










Testimoni banyak sangat tau.
Kakjeng share kat instagram @viruspadu.

Kakjeng letak yang ni dulu, nanti kalau ada kesempatan kita tambah lagi kat sini k.

Dan lupa pulak nak bagi tahu sekali lagi yang BB Cream Seqy Beauty ni dapat Kelulusan KKM ye. So jangan ragu-ragu tau.

Ermmm lagi nak bagi tahu apa ek.

Setiap pembelian BB Cream Seqy Beauty dengan kita akan dapat freegift macam kat dalam gambar ni. Tertakluk selagi stock masih ada. Tapi kalau dah habis kakjeng akan bagi benda lagi tau.
Sabun TANAKA tu sabun mandi tau. satu RM4 gitu harga kat pasaran
Yang pin tudung fancy-fancy pun harga pasaran lebih kurang sama ikut design. Design banyak comel-comel, saya letak salah satu je la dalam gambar :p


Hanya RM55 Termasuk pos (Semenanjung Malaysia)
RM60 termasuk pos (Sabah Sarawak)
Boleh terus WhatsApp / Telegram saya: +60122052091
Nak lagi senang.
Terus whatsapp:
Salam kakjeng, saya nak beli BB Cream.
hehehe :p
Takde whatsapp? SMS pun boleh 
Taknak SMS? Emel aje kat viruspadu@gmail.com
Mana-mana yang senang.
Boleh tanya soalan kat whatsapp / Telegram / sms / emel mana yang rasa nak tanya tu tau.

Review By Blogger Fillanie 'Kasih Aleeya' : BB Cream SQB

KULIT WAJAH BERCAHAYA LAGI FLAWLESS 

Hi korang, apa khabar? Eh tetiba sopan sangat tanya-tanya khabar hehe..
Entry hari ni Kak Pilla nak share sikit ngan korang pasal produk BB Cream by Seqy Beauty ni.. Actually aku memang ada rasa nak try, tapi macam eh malassssnyaaaaaa... Dah jelita dah tak yah sapu apa-apa hahaha.. Memang tak laaa..
Sebenarnya Kak Pilla bukan apa.. Sekarang-sekarang ni jenis malas gila nak pakai foundation bagai.. Kalau bersiap pon just pakai compact powder je.. Kecuali kalau ada event yang rasa nak kena lawa sikit lah dari biasa... Itu baru kugagahi pakai foundation.. Sebab korang pahamlah pakai foundation pastu sapu compact powder lagi.. Memang lah menutup cela di wajah, tapi rasa rimas sebab macam selepung ke? tebal sangat ke? If malam ok lah, tak perasan sangat foundation tu tebal ke apa kann.. Kalau siang tak kuasa.
So haritu kan Kak Pilla meniaga kat Sarah Hughes Globe, jumpa lah ngan Sepet, jumpa Ceera jugak.. Aku kalau dengan Ceera memang main tolak-tolak je.. Sibuuukkkk dari mula datang globe tu sampai balik share satu kerusi.. Terpaksa duduk senget-senget tau. Nyampah sangatttt.. hahahaha.. Aku tau Ceera pon penjual Seqy Beauty BBCream ni jugak.. Eh haruslah kan.. So nak balik tu amik lah seketul nak try nanti.. I diva, i tak leh try depan-depan orang penuh-penuh kat Globe tu.. hahahahah.. 
So inilah kotak dia.. 

First impression Kak Pilla suka tengok botol ni kurus dan senang nak guna.. picit je. pastu campak masuk bag makeup sebab dia kurus.. Handbag Kak Pilla ni dah macam doraemon.. Segala macam ada.. kalau ko korek nak carik barang, mungkin amik masa 3 minit baru jumpa apa yang ko carik. hahahah.. 

Ini gambar sebelum pakai BBCream by Seqy Beauty.. Ni yang nyampah tau nak review produk.. terpaksa share muka "Before" pastu kena jujur pulak tu.. Tak leh filter ke edit ke.. Ye tau kulit ku tidak mulus tulus dan halus.. Tapi dah bersyukur lah apa yang ada.. Amboi sedih nau bunyik nya.. 

Ini selepas pakai BBCream ni.. Haaaaaa kan ke berseri dari tadi.. Ke aku je rasa camtu? Hahahha.. Ini review ikhlas ye.. Ramai katanya customer yang dah pakai Seqy Beauty BBCream ni puas hati sebab muka tak oily.. Sebab biasanya kalau pakai foundation nanti muka oily satu macam kan? Kak Pilla pon muka jenis oily kadang rimas siap amik tissue lap satu muka.. Saiko sangat, baik tak yah pakai makeup.

Pendapat Kak Pilla pulak bila dah try benda nie.. Kak Pilla teruja sebab BB Cream ni bertindak as foundation.. Tak yah pakai bedak dah.. Ni sapu BB Cream ni je takde bedak dah lepas tu.. Pastu dia macam waterbased kot, so takde rasa 'heavy' or 'thick' kat muka.. Rasa 'ringan' je.. Tapi yang pasti menutup cela diwajah...Muka rasa gebu and licin je.. Pastu dekat lapanploh kali tanya budak opis, selepung ke? selepung ke? tepung gomak ke??? Tapi dia kata natural je.. tak selepung pun.. phewwww lega...
Lepas pakai ni round satu opis nak tengok ada orang tegur tak hahahahah.. Tapi takde yang tegur sebab semua tengah buat kerja.. kahkahkahhh... Terus Kak Pilla panggil "Kak, nampak tak beza muka saya?" Akak tu toleh "A'ah lah bersih je muka ko pakai apa????" Eh sibukkk nak tau jugak hahah.. Terus Kak Pilla cakap "Ada laaaa"... Akak tu tarik-tarik tangan cakap jangan mengada nak simpan sorang-sorang.. So Kak Pilla pon amik lah BB Cream ni bagi kat dia.. dia sibuk nak try.. Lepas try tu dia puas hati.. terus dia campak dalam handbag dia.. Hoiiiiiii sukati je amik orang punya!!! Dia cakap esok malam dia dah nak balik kampung, nanti kalau order mesti tak sempat.. So dia suruh Kak Pilla order lain, dia amik Kak Pilla punya.. Terus dia keluarkan duit bagi kat Kak Pilla.. Eh? aku tak cakap ye ke tak ke.. tetiba je... hahahahahhah.. Sabarrrr jelah aku kann..  Terus Kak Pilla order 2 ketul sebab ada lagi sorang budak office ni nak.. 

Hantar kat Ceera gambar ni cakap kat dia "ko jangan nak mengada share gambar ni kat mana-mana ye.. nyampah tau kene amik gambar before and after, gambar before ni yang paling jelita dah yang aku pilih".. Hahahhaha terus dia cakap "Eh takpe, muka before tu kalau lagi hodoh lagi bagus".. Eh rasa nak lempang je Ceera ni tau.. 
Overall Kak Pilla puas hati lah dengan BB Cream by Seqy Beauty ni.. Harga pon murah je you olls.. RM55 je seketul.. Ada banyak benefit lain jugak BBCream ni tapi malas aku nak kaji.. tu semua tak penting bagi Kak Pilla.. yang penting kulit muka nampak berseri, kulit wajah nampak flolesssssss.. itu je yang penting. hehehehe.. 

Review By Blogger 'Kahty Jem' : BB Cream SQB

Ringan Muka Pakai BB Cream by Seqy Beauty ni!

Halu halu.. Sekarang ni tengah pakai produk BB Cream.. Ya Allah sumpah best gila kot BB Cream yang aku pakai ni.. BB Cream ni keluaran produk baru dari Seqy Beauty.. Apa itu BB Cream?? mesti korang tahu kan.. kalau mana yang masih tak tahu apa itu BB Cream meh aku terangkan sikit..

Dia ala2 macam foundation la tapi lebih ringan dari foundation.. Macam foundation kalau kita pakai rasa macam ada bedak 10 inci atas muka kan kalau BB Cream rasa kurang la sikit 10 inci tu..hehehe So memang sedap la bila pakai kulit pon senang nak bernafas..


Dah jatuh hati dengan BB Cream Seqy Beauty ni.. Keluar rumah mesti kena pakai BB Cream Seqy Beauty ni.. Bila lama sangat kat luar (panas) muka tak berminyak sangat dan kalau berpeluh dia tak bercapuk.. Mula-mula pakai, muka nampak putih sikit dan macam berminyak tapi lama2 dia akan meresap dalam kulit dan match dengan warna kulit kita..

Fungsi dan Kelebihan BB Cream:

*Sesuai untuk semua kulit
*Menutupi cela di muka
*Sebagai bedak asas
*Lebih ringan dari foundation
*Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
*Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30+)
*Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya
*Wajah tidak berminyak sepanjang hari
*Berfungis melawan sinar Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat
*Melambatkan penuaan
*Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia


Ingredients :
Aqua Cream
Beeswax
Cety Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol

Botol dia comel senang sumbat dalam beg makeup..hehe

Teksturnya lembut dan ringan.. Sesuai bagi mereka yang tidak sukakan makeup tebal, cuma mahu melindung kulit dengan solekan nipis, natural dan ringkas.. Sangat praktikal, diratakan menggunakan jari sahaja!

Takyah membazir pakai foundatin sampai 3 4 lapis bagai..huhuhu membazikan.. Pakai Bb Cream Seqy Beauty ni sekali pam jer dah cukup untuk satu muka..

BB Cream by Seq Beauty ni tak terlalu cair so kalau apply kat muka warna dia tak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap dan bolah menutup warna kulit korang.. Semua jenis kulit asian boleh pakai macam Oily Skin, Dry Skin, Tan, Dark, Fair, Bekas Jerawat yang banyak, Pigmentasi dan Wrinkles semua tu boleh..

Hasil dari BB Cream Seqy Beauty yang sangat ooooohhhsemmmm, tak tipu sampai ada yang cakap nak guna produk ni sampai bila-bila.. hehehe Yang penting produk ni Halal keluaran Bumiputera.. ^_^

Harga untuk sebotol RM55 (Semenanjung Malaysia), RM60 (Sabah/Sarwak)


piece : kathyjem

Saturday 6 December 2014

Favourite Questions tentang BB Cream SQB

Soalan : Bagaimana nak pakai BB Cream?
Jawapan : Sapu secara merata di seluruh wajah.

Soalan : Mengapa kulit saya kelihatan seperti bertompok selepas menggunakan BB Cream SQB?
Jawapan : Ianya kerana kulit anda terlalu kering. Anda di syorkan memakai krim muka terlebih dahulu atau pun pelembap muka (moisturiser) supaya tidak kelihatan bertompok.

Soalan : Mengapa kulit saya berminyak selepas menggunakan BB Cream SQB?
Jawapan : Jika anda mempunya kulit muka yang normal/berminyak, dan anda menggunakan krim muka/pelembap muka sebelum menggunakan BB Cream SQB, potensi untuk wajah kelihatan berminyak adalah lebih tinggi. Untuk mendapatkan kulit wajah tidak berminyak atau kurang berminyak, anda di syorkan tidak memakai sebarang krim muka sebelum menggunakan BB Cream SQB.

Soalan : Minimum umur yang sesuai untuk menggunakan BB Cream SQB?
Jawapan : Remaja dan Dewasa. Seeloknya kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak perlu menggunakan BB Cream kerana faktor kulit yang masih muda.

Soalan : BB Cream SQB boleh hilangkan jeragat?
Jawapan : Formulasi utama dalam BB Cream berfungsi untuk mencegah dari pengeluaran pigmentasi, spot dan frekles. Namun begitu, terdapat beberapa testimoni dari pelanggan yang mengatakan jeragat mereka nampak pudar/berkurangan setelah menggunakan BB Cream SQB.

Soalan : Bolehkah BB Cream SQB dipakai bersama cream lain?
Jawapan : Boleh. Tetapi hasilnya mungkin berlainan sedikit berbanding tidak menggunakan cream lain.

Soalan : Bolehkan BB Cream SQB digunakan ketika solat?
Jawapan : Boleh kerana ia tidak mengandungi najis. Tetapi seeloknya cuci bersih wajah anda ketika hendak bersolat.

Soalan : Bila waktu yang sesuai untuk menggunakan BB Cream SQB?
Jawapan : Bila-bila masa kecuali waktu tidur.

Soalan : Perlu atau tidak saya menggunakan krim UV sebelum krim BB SQB?
Jawapan : Tidak perlu kerana BB Cream SQB mengandungi SPF30+ dan fungsinya sama seperti krim UV lain.

Soalan : Berapa lama sebotol BB Cream 15ml boleh bertahan?
Jawapan : Bergantung kepada berapa banyak yang anda gunakan sehari. Jika anda gunakan sekali sehari dengan satu picitan, tempohnya mungkin lebih kurang 2 bulan atau lebih. 

Jika anda mempunyai soalan lain, sila comment pada entry ini. Terima Kasih =)
All Right Reserved. Author and Design by SeqyBeauty © 2013-2014